top of page

Subsidi tiket penerbangan untuk musim perayaan diteruskan



Inisiatif subsidi tambang siling RM499 bagi tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan diteruskan sempena sambutan Aidilfitri.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada majlis pelancaran Hari Raya Fixed Fare Flights by AirAsia di Sepang pada Rabu berkata, inisiatif oleh Kerajaan MADANI itu bertujuan memastikan perjalanan udara kekal mampu milik dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang melakukan perjalanan antara Semenanjung dan Malaysia Timur.


"Inisiatif ini akan dipertingkatkan dengan subsidi bagi tiket penerbangan sehala untuk setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiket berharga lebih RM499.


"Harga ini tidak termasuk cukai dan yuran, dan harga maksimum RM499 adalah pengurangan daripada ambang harga sebelum ini iaitu RM599.


"Kerajaan akan menanggung perbezaan antara harga tiket asal dan harga maksimum itu," katanya dipetik pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra itu.


Susulan pelancaran promosi itu, AirAsia mengumumkan syarikat itu menyediakan lebih 16,000 tempat duduk untuk lebih 90 penerbangan lewat malam dengan tambang tetap antara Johor Bahru atau Kuala Lumpur ke Malaysia Timur bagi perjalanan dari 28 Mac hingga 5 April ini.

Tempahan untuk tambang promosi itu boleh ditempah sehingga 4 April depan di airasia.com.


Sementara itu menurut Anthony, inisiatif tambang tetap oleh AirAsia untuk Hari Raya menunjukkan kerjasama antara kerajaan dan industri penerbangan yang mencerminkan misi bersama untuk berkhidmat kepada rakyat terutama pada musim perayaan.


"Kerajaan tetap teguh dengan misi untuk menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Melalui kerjasama rapat dengan pemain utama industri seperti AirAsia ini, kita secara aktif meningkatkan hubungan, mengurangkan kos perjalanan, dan akhirnya menambah baik kesejahteraan rakyat," tambahnya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page