top of page

Subsidi RON95: Tidak semestinya pendapatan tinggi tidak layak



Subsidi bersasar dilaksanakan ke atas pengguna petrol RON95 mulai pertengahan tahun hadapan berdasarkan mekanisme yang belum pernah digunakan sebelum ini.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mekanisme baharu yang akan digunakan itu tidak lagi berdasarkan pendapatan semata mata tetapi turut diambil kira jumlah tanggungan keluarga untuk pengiraan kelayakan mendapat subsidi petrol.


Katanya, mekanisme pendapatan sebelum ini berdasarkan T20, M40 dan B40 tidak lagi berkesan berhadapan realiti baharu kehidupan. Oleh itu tahun hadapan akan diperkenal pengkelasan baharu T15 dan sebagainya berdasarkan pendapatan dan tanggungan keluarga.


"Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar (petrol) harga pasaran


"Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ini macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan.


"Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi.


"Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar sahaja," katanya dalam kenyataan.


Tambah Rafizi, proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi untuk melayakkan perolehan subsidi sesebuah keluarga sedang berlaku.


Ujar beliau, pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibuat. Di parlimen pun, katanya, telah dinyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.


Oleh itu, katanya, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 kelak akan lebih adil dan saksama.


"Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.


"Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat," katanya.


Beliau dalam kenyataan sama turut menjelaskan mengapakah penyasaran subsidi petrol diumumkan dalam Belanjawan 2025 kerana hal itu merupakan penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk setahun.


Jelasnya, hal itu sama seperti peruntukan yang diumumkan, selepas diluluskan kerajaan menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.


Demikian halnya dengan penyasaran subsidi petrol, kata Rafizi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page