top of page

Subsidi pukal petrol RON 95 kekal hingga pertengahan 2025



Kerajaan akan mengekalkan subsidi bagi petrol RON 95 sehingga pertengahan 2025 sebelum mekanisme baharu penyasaran subsidi diperkenalkan.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, penerusan subsidi pukal hanya akan menguntungkan warga asing dan 15% teratas pengguna mahakaya yang menikmati 40% subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.


Katanya, lebih baik RM8 bilion subsidi itu dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.


"Kerajaan komited mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85% rakyat tidak terkesan.


"Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi (petrol) masih diteruskan untuk 85% rakyat.


"Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85% rakyat (bukan orang asing dan T20).


"Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak," katanya.


PM turut membandingkan harga RON95 Malaysia yang murah RM2.05 seliter berbanding negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).


Harga yang rendah, katanya, menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 untuk tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page