top of page

Subsidi diesel: KPDN pastikan syarikat minyak sedia stok satu juta 'fleet card'



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memastikan syarikat-syarikat minyak bersedia dengan bekalan stok satu juta 'fleet card' untuk menjamin pelaksanakan Sistem Kawalan Diesel Bersubdisi (SKDS) 2.0 kelak dijalankan dengan lancar.


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagi tujuan itu kementerian telah menggerakkan kerjasama dengan lima syarikat minyak yang terlibat untuk memastikan kesiapsiagaan dalam perancangan agenda penyasaran semula subsidi diesel.


"Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah ketersediaan syarikat-syarikat minyak dengan bekalan stok 1 juta fleet card. Jumlah ini disasarkan untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 yang dianggarkan berjumlah 410,000," katanya dalam kenyataan hari ini.


Armizan berkata permohonan bagi mendapatkan surat kelulusan SKDS 2.0 secara atas talian melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/ bagi kesemua 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan yang layak melibatkan proses yang mudah dan cepat.


"Ini termasuk mekanisme semakan waktu nyata (real time) dengan sistem MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, semakan nombor pendaftaran syarikat dengan sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa memerlukan pemohon memuat naik dokumen sokongan tambahan.


"Justeru itu, pihak kementerian menyeru syarikat-syarikat yang layak memohon di bawah SKDS 2.0 untuk tidak bertangguh dalam memohon bagi mendapatkan surat kelulusan SKDS 2.0 dan memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak," katanya sambil menyatakan kementerian komited menjayakan inisiatif penyasaran subsidi diesel dalam menangani isu ketirisan dan penyelewengan subsidi kerajaan.


Dalam pada itu, Armizan berkata kementerian hari ini mengadakan Hari Terbuka SKDS 2.0 di Putrajaya bagi memberikan ruang bagi syarikat-syarikat dengan jenis-jenis pengangkutan yang tersenarai dalam SKDS 2.0 untuk mendapatkan maklumat lanjut secara bersemuka tentang pelaksanaan sistem itu.


Syarikat-syarikat pengangkutan terbabit juga boleh terus mengemukakan kedua-dua kategori permohonan iaitu mendapatkan kelulusan SKDS melalui sistem MySubsidi Diesel KPDN dan seterusnya mendapatkan fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilhan, katanya.


Penganjuran Hari Terbuka SKDS 2.0 melibatkan lapan persatuan yang mewakili industri pengangkutan barangan dan 400 syarikat yang layak di bawah program SKDS 2.0.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page