top of page

Subsidi diesel: Kerajaan teliti bantu kontraktor hadapi kenaikan barang binaan



Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti rayuan yang dikemukakan oleh syarikat pembinaan terutamanya melibatkan kontraktor kecil yang berdepan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan industri tersebut ekoran pelarasan harga diesel bermula awal bulan lalu.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut sebelum pertimbangan atau pengenalan dasar dibuat kerajaan.


"Penelitian perlu dilakukan berdasarkan pelbagai sudut termasuk indeks kos bahan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan merekodkan sebarang peningkatan dan penurunan kos binaan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai inisiatif kerajaan dalam membantu kontraktor ekoran kenaikan harga jentera dan bahan disebabkan kenaikan harga barang khasnya kepada kontraktor yang diberikan tawaran kerja sebelum kenaikan harga diesel.


Alexander bagaimanapun, berkata buat masa ini adalah terlalu awal untuk menganggarkan kadar kenaikan kos bahan binaan meskipun kementerian sudah menjangka industri tersebut bakal terkena tempias daripada pelarasan subsidi diesel.


"...memang kami tahu ada masalah itu, kami sedang perhalusi dengan agensi-agensi terutamanya Kementerian Kewangan," katanya,


Bagaimanapun, Alexander menjelaskan selama ini industri binaan memang tidak termasuk dalam sektor yang menerima subsidi diesel sebaliknya membeli bahan api itu berdasarkan kepada harga komersial.


"Maknanya kontrak selama ini dikira dengan anggaran untuk harga komersial, tidak pernah dengan harga di pam yang bersubsidi," katanya.


Kepada soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading), Alexander berkata kerajaan prihatin dengan rayuan dikemukakan kontraktor G1 hingga G4 berhubung kenaikan harga diesel di pasaran runcit dan beranggapan ia adalah suatu perkara yang perlu segera ditangani.


"Ini sesuatu agak segera perlu diambil kira dan saya ambil maklum sebab itu sedang fikirkan bagaimana kaedah bantu mereka dan syor kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan serta berbincang untuk bantu," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page