top of page

'Subsidi diesel bersasar langkah berani, selamatkan ekonomi'



Oleh: Abdullah Zaid


Langkah berani Kerajaan Perpaduan melaksanakan polisi penyasaran subsidi diesel disokong banyak pihak.


Terbaharu Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyokong dasar rasionalisasi subsidi tersebut yang disifatkannya sebagai keputusan tepat dan bertanggungjawab dalam menyelamatkan ekonomi negara untuk jangka panjang.


"Pada pandangan saya langkah yang diambil oleh Perdana Menteri adalah satu keputusan yang bertanggungjawab dan berani.

Hassan bersiaran dari Pusat Khidmat Pasir Gudang

"Walaupun keputusan itu tidak popular namun saya bersetuju dengan pandangan ahli ekonomi bahawa Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah keputusan yang baik bagi masa depan generasi dan negara," katanya dalam "Wacana Isu Bersubsidi Beban Atau Sebaliknya" di akaun media sosial beliau.


Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen minyak di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, iaitu berdasarkan harga pasaran semasa.


Kata beliau, subsidi bersasar antara langkah pembaharuan kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi Madani bagi memastikan pengurusan fiskal yang mampan dalam menangani isu ketirisan serius dalam sistem subsidi pukal yang dimansuhkan.


Selaras polisi baharu itu, pengguna kenderaan diesel yang layak diberi bantuan tunai Budi Madani sebanyak RM200 sebulan.


Mengulas lanjut, Hassan berkata, penyasaran subsidi diesel itu tidak dapat dielakkan dan telah dibincangkan oleh kerajaan terdahulu namun hanya Kerajaan Perpaduan yang berani melaksanakan polisi tersebut.


"Seingat saya semua kerajaan telah menyuara hasrat untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar, yang mana pendapatan isi rumah bawah RM100,000 setahun sahaja layak mendapat subsidi ini.


"Datuk Seri Anwar menyedari perkara ini dan beliau mengambil langkah berani untuk menukar sistem pukal kepada bersasar bagi menyalurkan peruntukan itu (penjimatan) terus kepada pembangunan negara termasuk pembinaan sekolah dan hospital," katanya.


Tambah Hassan, rakyat masih mendapat manfaat melalui skim SKSD dan Budi Madani termasuk 33 jenis kenderaan yang layak menerima subsidi selain pemberian tunai secara bulanan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page