top of page

Subsidi bersasar: Kenyataan sokongan dari Pas dihargai



Oleh: Azuan Ab Rahman

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Pas yang mengalu-alukan matlamat baik digariskan kerajaan berhubung langkah penyasaran subsidi diesel.


Dalam ucapan di Majlis Peluncuran Pelan Induk KIGIP di Dewan Dato' Zainal Abidin, di Bagan Serai pada Sabtu, Anwar berkata kenyataan dikeluarkan Pas baru-baru ini memberi gambaran bahawa mereka memahami maksud baik di sebalik langkah dilaksana kerajaan.


Beliau turut mendedahkan, semua Perdana Menteri sebelum ini bersetuju terhadap penyasaran subsidi sebagai langkah menyelamatkan ekonomi negara namun mereka tiada tekad politik untuk melaksanakannya.


"Saya (rasa) aneh kalau digunakan (isu subsidi) sebagai isu politik kerana semua parti politik setuju, dan saya ucap terima kasih kerana Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) sudah keluarkan kenyataan yang maknanya dia faham.


"Kerana dia pun pernah umumkan di Parlimen cadangan kerajaan pada ketika itu untuk naikkan harga diesel, tetapi kita dalam Kerajaan Madani ini naikkan, tapi tidak membabitkan (membebankan) rakyat," katanya.


Sementara itu Anwar berkata, pentadbirannya sedar polemik yang tercetus susulan dari penyasaraan subsidi bahan bakar terbabit sehingga kalangan rakyat menuduh kerajaan zalim.


Bagaimanapun, katanya, rakyat sewajarnya memahami bahawa tidak semua polisi pengalihan subsidi mengakibatkan kenaikan harga dengan memberi contoh harga ayam segar yang ketika ini lebih murah berbanding tahun 2021, iaitu selepas Kerajaan Madani mengapungkan harga ayam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page