top of page

Subsidi bersasar dilaksana bendung ketirisan diesel berbilion ringgit



Kerajaan Madani terpaksa melaksanakan dasar penyasaran subsidi diesel berikutan ketirisan yang tidak terbendung akibat penyeludupan diesel ke negara jiran dan bahan api itu yang dijual di pasaran gelap.


Menurut Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM14.3 bilion pada 2023 untuk subsidi pukal, sedangkan jumlahnya hanya sekitar RM1 bilion pada 2019, manakala peningkatan kenderaan diesel sepanjang tempoh itu tidak sampai 5%.


"Malaysia tidak mampu untuk terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa, sedangkan wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara," kata beliau dalam kenyataan petang tadi.


Manakala bagi peniaga dan pengguna kenderaan diesel individu, katanya, kerajaan telah memberi bantuan subsidi untuk sejumlah bahan api yang dijangka digunakan melalui BUDI Madani dan BUDI Agri-Komoditi.


"Kumpulan pertama meliputi lebih 30,000 penerima bakal memanfaat bantuan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 yang didepositkan ke dalam akaun bank mereka pada 10 Jun 2024.


"Individu layak yang belum memohon BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi masih boleh menerima bantuan bagi bulan Jun 2024 sekiranya mereka membuat permohonan sebelum akhir Jun 2024," tambah Amir Hamzah.


Manakala dalam sidang media petang tadi, Menteri Kewangan II itu berkata jumlah subsidi bersasar yang diterima sebanyak RM200 bagi pemilik kenderaan diesel individu dikirakan mencukupi, lapor Malaysiakini.


Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan sedia menerima permohonan daripada penerima bantuan itu jika jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung perbezaan dalam penggunaan diesel bulanan mereka.


Bagi pemohon yang layak, katanya, mereka diseru segera memohon BUDI Madani di pautan https://budimadani.gov.my. Manakala bagi kenderaan logistik boleh memohon fleet card di bawah SKDS 2.0 di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page