top of page

Subsidi bersasar diesel untuk selamatkan ekonomi negara - PM



Kerajaan perlu melaksanakan penyasaran subdisi diesel bagi menyelamatkan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata kerajaan sedar langkah itu tidak popular tetapi ia adalah suatu tindakan yang perlu diambi.


Malah kata beliau yang juga Menteri Kewangan, dasar tersebut juga telah dipersetujui oleh Perdana Menteri sebelum ini namun mereka tidak mempunyai keberanian politik kerana menyedari ia ada risiko.


"Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu juga apapun kita lakukan kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.


"Padahal kita beritahu penyasaran subsidi ini semua Perdana Menteri sebelum itu telah setuju cuma tidak ada tekad politik melaksanakan kerana risikonya ada, tapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.


Semalam kerajaan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula mekanisme harga automatik.


Beliau berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan RM4 bilion setahun, di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.


Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.


Melalui subsidi bersasar tersebut kerajaan menyalurkan bantuan secara bulanan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan diesel individu yang layak selain Sistem Kawalan Subsidi Diesel 2.0 bagi kenderaan perdagangan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page