top of page

'Suatu hari Palestin akan bebas dari penjajahan Israel' - Mohamad Sabu



Oleh: Akmal Manaf


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu melahirkan rasa optimis bahawa satu hari nanti Palestin akan dilepaskan daripada cengkaman rejim Israel.


Katanya, dalam konflik berkenaan, Malaysia memainkan peranan sekadar yang termampu bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.


''Kita (Malaysia) membantu daripada sudut kebajikan.. Kita membawa orang yang sakit (di Palestin) ke Malaysia mengikut kemampuan kita.


''Tapi sekurang-kurangnya kita ada pendirian di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UN walaupun kita tahu sekarang ini mereka sudah tidak ada gigi lagi.


''Buatlah resolusi apa pun, Israel tak peduli, Amerika Syarikat pun tak peduli,'' katanya dalam satu sesi Pidato Genosid Abad Ini: 'Israel Paksi Kejahatan' yang diadakan di ibu negara semalam.


Sesi itu turut disertai Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang.


Dalam sesi itu, Mohamad memberitahu usianya hampir mencecah 70 tahun, dan pada masa sama menzahirkan keyakinan bahawa satu hari nanti beliau akan menunaikan solat di Masjidil al-Aqsa, Palestin.


''Insya-Allah al-Aqsa dan Palestin akan bebas.


''Semoga kita dapat semua mencapai kemenangan diri kita dan kemenangan ummah,'' ujar beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page