top of page

SUA, UKK wajib bangkit pertahan Menteri diserang hebat



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Ini bukan masa untuk berdiam diri atau membatukan diri ketika Menteri-Menteri kalian diserang hebat di media sosial atau secara terbuka.

Dengan maklumat serta akses yang dimiliki sudah tiba masanya untuk kalian bangkit mempertahankan Menteri-Menteri menjawab tohmahan serta fitnah yang dilemparkan.


Jangan asyik mengharapkan cybertrooper 'probono' membela Menteri dan Kementerian.


Tampillah pertahankan Menteri dan Kementerian melalui sumber sah yang kalian ada.


Saya terpanggil untuk menulis seruan ini sebagai menyokong saranan Perdana Menteri yang mahu Setiausaha Akhbar (SUA) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), selaku jentera utama komunikasi kerajaan memainkan peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya secara positif.


Hal ini kerana tidak dinafikan dalam banyak fitnah dan tipu daya yang dimainkan di media sosial, majoritinya berkaitan menteri dan kementerian yang diterajui mereka.


Sudah tentu Setiuasaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang lebih mengetahui keadaan sebenar, lalu memainkan peranan menjawab dengan berkesan.


Bagi pemain media sosial bebas, pengetahuan mereka berkaitan sesuatu isu yang timbul tentu sahaja amat terhad.


Rangka strategi bina naratif


Di sinilah pentingnya, semua Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat merangka strategi dan membina naratif yang berkesan bagi melawan segala fitnah dan tipu daya itu.


Berucap ketika menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan itu penting dimainkan terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak

bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat serta mengangkat kembali martabat negara.


"Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.


PMX letak jangkaan tinggi


Anwar seterusnya berkata, beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luaskan dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.


Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman yang diadakan semalam dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha Kerajaan Madani dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.


Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page