top of page

Stok penimbal gula dilaksana di Sabah, Sarawak, Labuan bermula 1 Mei

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan akan mewujudkan stok penimbal gula putih sebanyak 2,000 tan metrik di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Mei ini bagi memastikan bekalannya terjamin.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah tersebut dilaksanakan setelah mengambil kira ketergantungan sepenuhnya bekalan gula putih bertapis dari Semenanjung.


Selain itu ia juga berdasarkan faktor logistik memandangkan penghantaran bekalan melalui perkapalan dari Semenanjung memerlukan masa lima hari ke Sarawak dan tujuh hari ke Sabah.


"Syarikat (pengilang) hanya berada di Semenanjung maka barangan seperti gula ini memerlukan langkah khusus.


"Kementerian telah membawa syor khusus mengadakan stok penimbal kepada Jemaah Menteri Persekutuan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.


"Syor ini telah dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan pada 26 Mac lepas...kita anggarkan jumlah stok penimbal ini mampu memenuhi permintaan bekalan di kawasan tersebut untuk tempoh tiga hingga enam bulan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Papar, Sabah pada Ahad.


Sementara itu beliau memaklumkan, Sebanyak 1,000 tan metrik daripada stok penimbal itu adalah untuk keperluan Sabah dan Labuan, manakala 1,000 tan metrik lagi di Sarawak.


Selain mewujudkan stok penimbal, kerajaan juga jelasnya telah meluluskan peruntukan tambahan subsidi pengangkutan perkapalan bagi penghantaran bekalan gula putih bertapis ke Sabah, Sarawak dan Labuan.


"Peruntukan yang disediakan kini adalah sebanyak RM38 juta setahun, berbanding RM19 juta setahun sebelum ini iaitu peningkatan daripada 10 sen kepada 20 sen bagi setiap kilogram," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page