top of page

SPRM siasat projek telaga jejari di Kelantan



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menyiasat Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW) di Kelantan yang gagal berfungsi bagi membekalkan air.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, projek berkenaan dibina antara 2008 hingga 2015 membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA) dianggarkan berjumlah lebih RM300 juta yang dibina Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).


"HCW berkenaan sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air mentah kepada LRA sebelum disalurkan kepada pengguna.

"Tetapi sebahagian besar telaga yang dibina ini gagal menghasilkan kuantiti sumber air pada tahap optimum," katanya dipetik BH.


Susulan itu empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan.


Azam Baki sementara itu berkata, hasil siasatan awal pihaknya mempercayai terdapat manipulasi membabitkan proses kelulusan projek ini pada 2015.


Selain itu, dipercayai terdapat pegawai di AKSB yang menerima wang rasuah daripada syarikat konsultan yang dilantik dalam projek pembinaan telaga air terbabit.

"Isu kegagalan telaga jejari untuk membekalkan air kepada LRA itu pernah didedah dan ditegur oleh Ketua Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2015 (LKAN 2015).


"LKAN 2015 mendedahkan bahawa sebanyak lapan LRA yang diaudit pada ketika itu dan hasilnya empat LRA iaitu LRA Pintu Gang, Wakaf Bunut, Wakaf Bharu dan Chica yang mempunyai telaga jejari tidak berfungsi dengan sempurna.


"Walaupun isu itu sudah didedahkan dan ditegur Ketua Audit Negara, masalah ini masih tetap berulang," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page