top of page

SPRM geledah dua lagi 'tempat selamat' dikaitkan ahli politik berpengaruh



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah dua lagi premis yang dijadikan tempat selamat dikaitkan dengan seorang ahli politik berpengaruh malam tadi susulan siasatan membabit dakwaan kes rasuah konsesi perlombongan pasir di Selangor, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.


Beliau berkata penggeledahan itu berjaya menemukan wang tunai sejumlah RM321,000 termasuk mata wang asing yang disimpan di dua premis itu dengan salah satunya pejabat di sekitar Lembah Klang.


"Saya tidak boleh dedahkan lagi dan pegawai saya telah menggeledah ada tambahan dua safehouse lagi yang dikatakan ada tersimpan wang.


"Salah satu daripadanya ada penemuan lebih kurang SG$74,000 atau RM243,000. Kemudian di satu tempat pejabat dijumpai wang lebih kurang RM78,000 dan kita juga mendapat maklumat ada wang telah dibuat pelaburan di Singapura namun saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya dan siapa pemiliknya.


"Ya (Lembah Klang), ada di Kuala Lumpur, ada di sekitar Selangor. Penggeledahan yang pertama dibuat pada Sabtu malam dan yang seterusnya malam tadi, kita buat satu persatu selepas siasatan dan dapat pengakuan," katanya dipetik Scoop.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC), Kota Kinabalu, Sabah hari ini.


Ahad lalu SPRM menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang disyaki digunakan sebagai tempat menyimpan wang rasuah dan menyita mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 (RM5 juta).


Terdahulu SPRM menahan bekas pegawai kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.


Setakat ini seramai 15 orang telah dipanggil memberikan keterangan.


Sementara itu, Azam berkata SPRM juga akan memanggil ahli politik berpengaruh di Selangor yang dikaitkan dengan seorang daripada empat suspek selepas ini.


"Dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya," kata Azam sambil menambah individu berkaitan akan dipanggil setelah mendapatkan bukti yang dirasakan wajar.


Kes disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Pencegahan Rasuah 2009.


Azam memberitahu, setakat ini seramai empat suspek telah ditahan termasuk seorang wanita.


"Suspek pertama ditangkap pada 10 Oktober dan direman sehingga 15 Oktober. Suspek berkaitan dengan seorang pengarah syarikat atau seorang ahli perniagaan.


"Ada seorang pernah bertugas di MBI Selangor, lelaki umur lebih kurang 45 tahun, tapi kita hanya dapat reman satu malam kerana dia mempunyai masalah kanser prostat," katanya lagi.


"Suspek ketiga pemandu berumur 43 tahun. Dia pun direman selama tiga hari dan telah dilepaskan.


"Seorang lagi wanita, bekas pegawai kewangan satu syarikat yang dapat konsensi perlombongan pasir berkenaan. Berumur 46 tahun dan telah dilepaskan selepas direman lebih kurang tiga hari," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page