top of page

SPRM fokus banteras rasuah besar mulai 2025 - Azam Baki



Kerajaan MADANI memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas, bagi memastikan pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.


Sehubungan itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan, dan ‘grand corruption’ pada tahun hadapan bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan, serta mengembalikan aset dan wang negara yang telah diselewengkan.


"Sebagai Ketua Pesuruhjaya, saya akan melakukan ‘revamp’ terhadap pendekatan yang digunakan di SPRM, termasuk cara bekerja, berfikir, dan mindset. Langkah ini penting agar SPRM tidak terperangkap dalam zon selesa.


"Kita perlu menjalani transformasi untuk meningkatkan keberkesanan dan kepakaran, sekali gus memastikan pegawai lebih profesional dalam melaksanakan tugas yang berimpak," katanya dipetik Bernama.


Azam Baki sementara itu berkata, SPRM akan melaksanakan transformasi struktur melalui penambahbaikan pendekatan kerja, selain memperkukuhkan fungsi dan peranan setiap bahagian agar lebih efektif dalam melaksanakan tugas


Antara penekanan yang bakal diberikan adalah terhadap penyiasatan tatakelola dengan penjenamaan semula Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (PERUN) kepada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT).


SPRM turut akan akan menyemak semula semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya bagi menangani cabaran semasa, memandangkan kes-kes rasuah kini semakin rumit dan kompleks.


"Ia sekaligus memberikan taring kepada SPRM untuk memastikan hasil penyiasatan tatakelola diimplementasikan oleh jabatan terlibat.


"Penting bagi menutup ruang dan peluang rasuah, selaras dengan usaha memperkasakan governans dan amalan tatakelola,” tambahnya.


Azam merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kelulusan tambahan 200 pegawai ke suruhanjaya itu


Penambahan pegawai itu jelasnya bertujuan memperkukuh bahagian operasi SPRM, terutamanya dalam bidang berkaitan pengubahan wang haram dan kes berprofil tinggi. Ini adalah selaras dengan strategi yang telah ditetapkan bagi 2025 dan tahun-tahun seterusnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page