top of page

SPR: PRK DUN Mahkota 28 September, penamaan calon 14 September

Updated: Aug 14



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Johor dengan tempoh berkempen selama 14 hari.


Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan 14 September ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 24 September.


"Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Mahkota adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 yang dikemas kini sehingga 2 Ogos 2024.


"DPPR ini mengandungi seramai 66,318 orang pemilih yang terdiri daripada 61,397 pengundi biasa dan 4,510 anggota tentera serta pasangan, 401 anggota polis dan 10 pengundi tidak hadir luar negara," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas mengenai PRK tersebut di Putrajaya hari ini.


Ramlan berkata PRK tersebut menelan kos dianggarkan RM2.4 juta.


Jelasnya Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK tersebut dijalankan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.


"Seramai 1,126 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK DUN Mahkota manakala sebanyak 23 buah dengan 120 tempat mengundi/saluran dibuka bagi pilihan raya kecil itu," ujarnya.


Kerusi DUN Mahkota di Johor kosong berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain dari UMNO pada 2 Ogos lalu.


Pada pilihan raya negeri Johor 2022, Sharifah yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166, menewaskan lawannya dalam perebutan empat penjuru.


Sebelum ini, Amanah Kluang menuntut untuk bertanding di DUN Mahkota memandangkan sebelum ini parti itu pernah menang di kerusi tersebut.


Bagaimanapun, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mematuhi prinsip "penyandang" iaitu parti yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya sebelumnya akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil itu.


Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam berkata keputusan meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Mahkota akan dibuat oleh pemimpin parti di peringkat Pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page