SPR patut buat kajian teliti sebelum jadikan padang bola pusat mengundi
- Suara Keadilan
- Nov 19, 2022
- 1 min read

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya berikutan kekecohan di pusat mengundi PPR Kerinchi, Lembah Pantai hari ini.
Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, pihak SPR sepatutnya telah membuat kajian rapi berhubung perkara tersebut sebelum keputusan dibuat menggunakan padang boleh sebagai pusat membuang undi.
Katanya, masalah timbul apabila pengundi beratur berjam jam lamanya dan tiada ada tempat untuk berteduh serta barisan pengundian pula tidak teratur.
"Pengundi tidak boleh duduk, mereka juga tak ada barisan yang teratur. Pihak polis datang kepada saya tanya saya jika saya ada kerusi. Saya tak boleh selesaikan hal ini. Masalahnya SPR. Di mana SPR?
"Pengerusi SPR, ini tanggungjawab kamu. Mengarut. Semua orang tengah marah. Kenapa kamu biarkan pengundi jadi macam ini? Kamu tak ada rasa tanggungjawab kah? Turunlah sikit," kata Fahmi dipetik MyMetro.
Menurut beliau terdapat dewan orang ramai berdekatan yang lebih sesuai digunakan sebagai pusat mengundi selain padang bola tersebut.
Beliau menegaskan, kejadian tersebut jelas menunjukkan kelemahan SPR dalam menjalankan tugas memastikan proses membuang undi berjalan lancar
Comments