top of page

SPR jangan libatkan guru, sekolah menengah dalam proses PRN Johor



Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022 tidak seharusnya diganggu oleh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya agar mengecualikan guru guru sekolah menengah atau sekolah menengah dijadikan sebagai pusat mengundi.


"Hari Mengundi PRN pada 12 Mac 2022 manakala Undi awal pada 8 Mac 2022.


"Jangkitan Covid-19 di Johor sekarang antara yang tertinggi di Malaysia.


"Saya bimbang jika guru-guru sekolah menengah terlibat dalam proses PRN sebagai agen atau pegawai sementara SPR yang akan melalui banyak mesyuarat, latihan dan tugasan pilihan raya maka mereka akan terkena risiko jangkitan Covid-19.


"Jika itu berlaku ia akan menyebabkan guru-guru berkenaan perlu dikurantin," katanya.


Jelas Hassan, keadaan akan jadi menjadi sukar dan mengkucar kacirkan peperiksaan pelajar sekolah menengah sekiranya guru guru terpkasa dikuarantin dan melibatkan kekurangan guru atau petugas yang akan menjaga peperiksaan.


"Ini sudah tentu akan menjejaskan persiapan mengajar kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM.


"Semoga SPR mengambil perhatian tentang hal ini," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page