top of page

SPM 2023: Kementerian tumpu aspek peningkatan prestasi - Fadhlina



Kementerian Pendidikan tidak mudah berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru baru ini.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, walaupun terdapat peningkatan pencapaian namun hal itu masih belum cukup dan boleh diperbaiki pada masa akan datang.


"Secara keseluruhannya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 66 daripada 95 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi, manakala empat mata pelajaran mengekalkan prestasinya berbanding peperiksaan SPM Tahun 2022.


"Angka-angka ini tidak bermakna jika hanya sekadar data dan statistik, namun hampa tindakan," katanya.


Oleh itu Fadhlina berkata, kementeriannya akan memastikan peningkatan penguasaan murid murid terhadap mata pelajaran seharusnya lebih baik pada tahun berikutnya. Begitu juga usaha kementerian untuk mengurangkan keciciran pelajar yang mengambil peperiksaan SPM perlu direndahkan lagi.


"Oleh sebab itu, pengukuhan gerak kerja peningkatan tahap penguasan murid dalam mata pelajaran sedang kita usahakan di semua peringkat.


"Ini termasuklah intervensi kurikulum yang akan diperluas, proses bimbingan dan pemulihan khas kepada murid-murid yang memerlukan, dan mekanisme mengelakkan keciciran murid," katanya dalam catatan di Facebook.


Untuk rekod, keputusan SPM 2023 yang diumumkan baru baru ini mencatatkan peningkatan jumlah pelajar mendapat semua A iaitu seramai 11,713 calon berbanding 10,109 calon pada 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page