top of page

'Speaker buat keputusan betul, wakil rakyat dipecat tidak hilang kerusi'



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul enggan membenarkan 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling menyokong Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan sebagai kosong adalah tepat.


Menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Bryan Ng Yih Miin, pemecatan enam Ahli Parlimen Bersatu boleh dicabar di mahkamah kerana pindaan perlembagaan Bersatu membabitkan Fasal 10, iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan keahlian parti dibuat selepas Ahli Parlimen mereka menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri.


Hal itu, katanya, tidak sebagaimana parti parti lain yang telah pun membuat pindaan berkenaan sebelum wakil rakyat mereka bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan dikenakan syarat tegas membayar ganti rugi sekiranya berpaling tadah.


"Bersatu membuat pindaan perlembagaan tiga perkara di bawah Fasal 10 dilakukan selepas enam Ahli Parlimen mereka nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.


"Perkara ini boleh dicabar kerana penggubalan undang-undang tidak boleh dikenakan kepada kes-kes yang lampau seperti enam MP Bersatu itu," katanya.


Malah tegasnya, gesaan Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kerusi Dewan Rakyat enam bekas Ahli Parlimen parti itu dikosongkan atas alasan telah tergugur keahlian juga tidak terpakai kerana Perkara 49A(2)(c) Perlembagaan Persekutuan mengatakan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli dewan hanya disebabkan oleh pemecatan daripada keanggotaan dalam partinya.


"Peruntukan ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan enam Ahli Parlimen Bersatu tidak hilang kedudukan sebagai ahli Dewan Rakyat, jadi apa yang Muhyiddin lakukan ini seolah-olah dia tidak baca Perlembagaan Persekutuan.


"Lebih menghairankan, Akta Anti Lompat Parti dibuat semasa mereka berkuasa, jadi kalau mereka sendiri tidak faham, siapa lagi nak faham?" soalnya.


Terdahulu, enam bekas ahli Parlimen Bersatu dalam satu kenyataan media menegaskan mereka tidak melompat parti dan melanggar apa-apa syarat yang disebut dalam Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.


Malah, kata mereka Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai sekiranya mereka melepaskan keahlian dalam parti.


Kesemua wakil rakyat Bersatu itu menegaskan mereka tidak pernah meninggalkan parti, malah masih menyatakan bahawa mereka setia, taat dan kekal kepada parti sebagaimana seperti sebelum PRU 15 lalu.


Tegas mereka sokongan kepada Kerajaan Perpaduan hanyalah bagi mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page