top of page

SPAN: Pusat, negeri pastikan air mencukupi sebelum lulus projek pusat data



Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyarankan kerajaan-kerajaan negeri memastikan sumber air mentah mencukupi sebelum memberikan kelulusan kepada pembangunan pusat data terutamanya di kawasan mempunyai permintaan tinggi.


Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata kerajaan negeri juga perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam melaksanakan projek pembangunan sumber air seperti pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk meningkatkan bekalan sumber air mentah secara mampan dan lestari.


"Operator bekalan air perlu membuat perancangan pembangunan infrastruktur air bagi memastikan kecukupan bekalan air kepada semua pengguna serta penetapan had kadar pengambilan bekalan air terawat oleh pusat data yang perlu dikawal.


"Ia juga perlu menyemak semula pelan kontingensi sedia ada semasa berlakunya gangguan bekalan air dan kemarau dan memupuk pembangunan pelan kecekapan air," kata kenyataan itu hari ini.


Dalam hal ini, SPAN mahu negeri-negeri mencontohi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang telah melaksanakan dasar pelepasan sifar (zero discharge policy) kerana dasar ini menggalakkan penggunaan air secara berhemat seperti mengitar semula air secara mampan untuk industri seperti pusat data.


"Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan dasar pengoperasian pusat data secara mampan mengambil kira penggunaan air yang cekap, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan kawasan tadahan dan sumber air setempat, memberikan keutamaan peluang pekerjaan kepada warga negara serta melaksanakan projek pembangunan sumber air," ujarnya.


Kenyataan itu berkata, meskipun pembangunan pusat data masih baharu di negara ini, ia berkembang dengan agak pantas sekali gus memerlukan inisiatif peningkatan kecekapan penggunaan air dilakukan oleh pemaju pusat data dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.


Antara inisitif yang boleh dilakukan ialah menggunakan air pulih guna seperti efluan terawat untuk keperluan penyejukan, aplikasi teknologi penyejukan efisien, sistem pengumpulan air hujan dan mengulang pakai air dalam pusat data.


Data SPAN menunjukkan pusat data telah memohon bekalan air sebanyak 79 juta liter sehari (JLH) kepada Pengurusan Air Selangor sehingga tahun 2032, jumlah bersamaan dengan sekitar 30 kolam renang bersaiz Olimpik.


Permohonan sebanyak 440 JLH telah diterima oleh Ranhill SAJ Sdn Bhd sehingga 2035 di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Sedenak, Kulai/Senai, Pasir Gudang dan Pontian dengan anggaran permintaan air tersebut dijangka mencapai 614 JLH dalam tempoh yang sama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page