top of page

Solstis Musim Sejuk Pertama di Bawah PM Anwar



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Bagi mereka yang ingin tahu, Winters Solstice (Solstis Musim Sejuk) menandakan hari terpendek dan malam terpanjang dalam setahun dalam kalendar Hemisfera Utara. Ianya merupakan salah satu perayaan terpenting yang disambut oleh orang Cina dan Asia Timur yang lain.


Terdapat pepatah di China kuno 冬至大如年, yang bermaksud "Solstis Musim Sejuk lebih besar daripada Tahun Baru Cina". Ia amat berasas kerana ia menyambut pengakhiran musim penuaian pertanian masyarakat Cina kuno. Hari ini, mereka akan membuat sembahyang kesyukuran tahunan kepada nenek moyang, sebagai tanda permulaan musim yang baru. Oleh itu, ia dianggap satu perayaan penting kerana kerana ia adalah hari pertama tahun kitaran solar baharu, dan setiap orang secara teknikal akan menjadi lebih tua setahun.


Nenek moyang masyarkat Cina di Malaysia berasal daripada kawasan selatan Cina Guangzhou dan Fujian. Sejarah Musim Sejuk Solstis di China telah berusia 2,000 tahun lamanya - namun pada 1970an, China telah melalui zaman kegelapan selama sedekad semasa ‘Cultural Revolution’, menyebabkan banyak intipati kebudayaan telah lesap dari masyarakat di China. Hanya mereka warga Tiong Hua yang telah berhijrah ke Asia Tenggera masih lagi meneruskan kebudayaan yang diwarisi oleh nenek moyang, termasuk budaya menyambut bersama keluarga dan memakan (tangyuan) bebola pulut.


Perayaan permulaan pencerahan baharu


Walau bagaimanapun, boleh dikatakan Malaysia juga telah melalui zaman ‘kegelapan’ selama 3 tahun, akibat ketidaktentuan politik dan pandemik Covid 19. Musim Sejuk Solstis 2022 boleh diibaratkan sebagai permulaan satu permulaan atau era yang dikiaskan dengan pemerintahan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini adalah Musim Sejuk Solstis pertama di dalam pentadbiran Datuk Seri Anwar. Mungkin tidak lagi penting di tempat lain, tetapi di Malaysia pada 2022 perayaan patut disambut dengan penuh kemeriahan dengan semangat muhibbah. Slogan ‘KEADILAN untuk Semua’ dipraktikan, oleh itu setiap perayaan di Malaysia harus di sambut bersama.


Tahun ini, Winters Solstice jatuh pada 22 Disember 2022 dan Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023. Kepada masyarakat Cina, selamat menyambut perayaan Winters Solstice dan bersedialah untuk persediaan Tahun Arnab 2023.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page