top of page

Solat hajat mohon kejayaan misi PM usul henti kekejaman Israel



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan dilakukan solat sunat hajat khusus bagi mendoakan urusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin.


Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melalui satu kenyataan pada Jumaat berkata, usul tersebut akan dibawa Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin depan.


"Perdana Menteri akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini, yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.


"Pelaksanaan solat hajat ini untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah agar perjalanan dan misi Perdana Menteri mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah," katanya.


Susulan itu jelasnya, masjid-masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta untuk melaksanakan solat hajat selepas solat Isyak bermula hari ini sehingga 11 November ini.


Sementara, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat untuk tempoh waktu yang sama.


"Pada masa sama, seluruh umat Islam diajak bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita serta demi kesejahteraan negara.


"Pelaksanaan solat hajat ini diharapkan dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting ini," tambahnya.


Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menyertai sidang tersebut.


Susulan itu beliau akan membawa mandat Dewan Rakyat berhubung isu pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT), serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan serta Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.


Selain itu persidangan akan membincangkan permasalahan semasa dihadapi oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East – UNRWA), berikutan keputusan rejim Israel mengharamkan operasi pertubuhan bantuan kemanusiaan tersebut pada 28 Okt lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page