top of page

Solat hajat, doa iringi misi PM perjuang isu Palestin di Arab Saudi



Solat hajat dan bacaan surah Yassin dianjurkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan malam tadi di Surau Istiqamah, Presint 18 R8, Putrajaya bertujuan memudahkan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengutarakan isu Palestin di Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.


Menurut Dr Zulkifli, penganjuran Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Palestin dan Lubnan (#SolatHajatGaza Siri 4.0) itu juga membuktikan Islam terus subur, mekar dan terjamin di Malaysia.


"Masyarakat muslim secara istiqamah dapat mengerjakan ibadah secara berjemaah tanpa mengira latar belakang. Di samping itu kita mendoakan kebaikan kepada yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.


Acara malam tadi bermula dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yaasin serta solat hajat khusus untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Malaysia di Riyadh dalam usaha menghentikan kekejaman Zionis terhadap Palestin.


"Program ini akan diteruskan pada setiap hari Khamis malam Jumaat bertujuan menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia dalam mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam dan bersama-sama bersolat hajat memohon pertolongan Allah SWT bagi menyokong saudara Islam yang ditindas diberikan perlindungan dan kemenangan," katanya lagi.


Sesi bacaan Yassin dihadiri oleh kariah setempat seerta pemimpin ABIM

Kehadiran ramai jemaah di surau serta masjid lain di sekitar Putrajaya menunjukkan solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap nasib yang sedang menimpa saudara-saudara mereka di Palestin dan Lubnan.


Majlis yang digerakkan secara konsisten sejak 17 Oktober lalu itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Geng Surau Putrajaya, dan Surau Istiqamah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page