top of page

‘Sokongan Melayu meningkat, beri kelebihan calon PH’ - Rafizi



Oleh: Abdullah Zaid


Sokongan pengundi Melayu di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap yang meningkat menjelang hari mengundi 6 Julai memberi harapan baik kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam ceramah malam tadi berkata, keresahan pengundi Melayu mula mereda berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 dan Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN) lalu yang mana mereka menolak PH.


"Tanda tanda keresahan pegundi Melayu mula pada PRU 2022 dan PRN tahun lalu. Memang sedia maklum pengundi Melayu ada keresahan di seluruh negara.


"Namun dalam PRK Sungai Bakap emosi bergolak itu sudah mula nampak tanda-tanda mereda dan situasi kini lebih tenang.


"Begitu juga hasil data-data yang diperoleh, kalau kita berjaya gabung (sokongan Pakatan Harapan-Barisan Nasional) InshAllah ada peralihan undi di kalangan Melayu kepada Kerajaan Perpaduan," katanya dalam Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Ladang Sempah, malam tadi.


Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, strategi meletakkan calon yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan selain mempunyai latar belakang agama dilihat memberi kelebihan buat blok Perpaduan merampas semula kerusi itu daripada Pas.


Manakala isu air, katanya yang cuba dimainkan pembangkang dilihat tidak berjaya menarik hati pengundi susulan komitmen Kerajaan Perpaduan memperuntukan RM4 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air di utara tanah air itu.


Sabtu ini, seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baharu DUN Sungai Bakap termasuk 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.


Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Joohari, sebagai calon Madani.


Anak jati Sungai Bakap itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan dan pengurusan selain pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page