top of page

Sokongan lebih 2/3 RUU Kewarganegaraan bukti Kerajaan Perpaduan kukuh



Oleh: Fiza Halim


Laskar siber pembangkang tidak perlu lagi memainkan isu jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai hak kewarganegaraan pada Khamis lalu yang membuktikan kerajaan memperolehi sokongan padu.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, sokongan lebih 2/3 daripada anggota Dewan Rakyat dalam meluluskan RUU itu seharusnya memadamkan 'politik lapuk' pembangkang untuk memeriksa sokongan setiap kali sidang dewan bermula.


"Sokongan sebanyak 206 terhadap dasar yang PM (Perdana Menteri) buat itu (RUU Kewarganegaraan) sudah cukup jelas bahawa mereka menyokong dasar PM.


"Seramai 206 itu bersama dengan kita, menyokong penuh dasar PM dan itu sudah cukup jelas dan sahih," katanya ketika dihubungi.


Dalam pada itu, tegas William Leong, pembangkang tidak perlu lagi mempolitikkan isu jumlah sokongan Ahli Parlimen apatah lagi sepanjang perbahasan Belanjawan 2025 yang pasti boleh diluluskan dengan mudah.


Sebaliknya, kata beliau, pembangkang seharusnya jadi pengkritik yang baik dan memberi sumbang saran agar Belanjawan 2025 mampu memberi manfaat terbaik kepada rakyat.


"Saya rasa pembangkang tak perlu politikan isu begini (cukup sokongan), ia sudah cukup jelas bahawa dasar kerajaan diterima baik oleh semua orang. Bajet 2025 yang dibuat juga cukup baik untuk rakyat," katanya lagi.


Untuk rekod, Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai hak kewarganegaraan secara undian belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Dalam undian itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, seramai 206 anggota bersetuju, seorang tidak bersetuju, 14 orang tidak hadir manakala seorang lagi Ahli Parlimen tidak dapat menjalankan sesi undian akibat digantung.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page