top of page

Sokongan kepada PH meningkat di Sungai Bakap - IDE



Dua hari sebelum hari mengundi pada 6 Julai ini, Institut Darul Ehsan (IDE) mengemukakan hasil kajian yang dilakukan institut tersebut sepanjang beberapa hari sejak sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada 22 Jun lalu.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi IDE, Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman, sokongan yang dicerap oleh IDE adalah terhadap parti Pakatan Harapan (PH) dan bukannya calon Dr Joohari Ariffin.


Namun katanya berdasarkan sokongan tersebut, trend menunjukkan PH mempunyai peluang untuk menang dalam PRK ini.


"Saya nak sebut berdasarkan kajian yang dilakukan bahawa trend atau sokongannya memang berpihak kepada PH atau Kerajaan Perpaduan.


"Tetapi, saya nak tegaskan sokongan ini bergantung kepada baki empat hari kempen ini. Kedua-dua parti melakukan strategi mereka dan sokongan kepada parti tidak semestinya menjadi kemenangan," kata beliau pada sidang media analisis Survei Landskap Persepsi Rakyat Menjelang PRK DUN Sungai Bakap di Shah Alam petang tadi.


Dapatan kajian itu, kata Dr Redzuan, dibuat berdasarkan 786 responden selama empat hari bermula 19 - 22 Jun lalu.


Hasil tinjauan IDE senario sokongan di Sungai Bakap

Katanya, berdarkan kajian itu lebih 53% memilih untuk menyokong PH manakala PN pada sekitar 43%.


"Berdasarkan kajian, sokongan pengundi kepada gabungan PH-BN adalah 53.2% dan kepada PN adalah 43% dan atas pagar atau masih tidak membuat keputusan sebanyak 3.8%.


"Sementara sokongan pengundi Melayu kepada calon Perpaduan ialah 36%. Namun, saya nak beritahu sokongan kepada parti tidak bermakna mereka akan mengundi kepada calon parti itu," katanya.


Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu PH mendapat sokongan pengundi Melayu di bawah 30% berbanding 36% mengikut tinjauan IDE, sementara PN mendapat sokongan sekitar 70%.


Pada 6 Julai ini, seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


Cikgu Joohari yang juga bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara ditugaskan untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu setelah beralih tangan ke Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page