top of page

Sokongan kepada Kerajaan Perpaduan semakin solid - Penganalisis politik



Kerajaan Perpaduan yang mempunyai 148 Ahli Parlimen di dalamnya dijangka akan mampu menghadapi sebarang gugatan politik.


Apatah lagi selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru baru ini menarik sokongan daripada Bersatu dan menyokong penuh Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, sokongan yang diterima daripada GRS itu dijangka akan mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan serta kedudukan Perdana Menteri terutama dalam menghadapi Undi Percaya pada 19 Disember ini.


"Sokongan yang diterima Anwar Ibrahim akan menjadi lebih 'solid' apabila sokongan GRS ini sudah dinyatakan dan mereka (GRS) mahukan kestabilan politik untuk bergerak ke hadapan.


"Yang penting nanti sokongan tersebut akan memantapkan majoriti dengan jumlah sokongan dijangka melebihi 140 kerusi," katanya dipetik Malaysia Dateline.


Menurut beliau, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan Undi Percaya di Parlimen itu atau tidak menyokong PM, maka ia hanya akan memberi implikasi negatif terhadap ahli politik itu sendiri.


Masa depan politik Ahli Parlimen itu, kata Dr Awang Azman, terutamanya di dalam partinya sendiri akan lebur.


"Wakil rakyat seperti ini tidak mahu bergerak ke depan tetapi masih lagi memikirkan bahawa kerajaan pada hari ini perlu ditukar, sedangkan ianya sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja serta disokong pula secara blok parti," katanya.


Bagi blok Borneo pula, beliau berpendapat, mereka akan mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi selepas menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Namun blok Borneo katanya perlu bijak untuk membiarkan kerajaan benar benar stabil terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan.


"Memang blok Borneo mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi sekarang ini tetapi (mereka) kena sesuaikan dengan bajet kerajaan yang ada. Tak boleh minta sesuatu di luar daripada kemampuan kerajaan misalnya peruntukan tambahan yang terlalu besar, dan memadai dengan keperluan semasa.


"Mereka boleh minta tambahan tetapi tidaklah melampau, sedangkan realitinya bajet kerajaan itu sendiri tidak mencukupi dan mereka perlu realistik," katanya lagi.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page