top of page

Sokong, solidariti bersama Najib hanya 'game plan' Pas - Dr Azizan



Oleh: Akmal Manaf


Sokongan Pas dalam himpunan solidariti ke atas Najib terkait isu titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke 16 bukanlah ikhlas kerana parti itu sejak dahulu sering mencaci Najib dan tidak pernah menghulurkan pertolongan ketika mereka menjadi Kerajaan Persekutuan pada waktu Najib dibicarakan pada 2020 - 2022.


Penganalisis Politik, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid (gambar, kanan) berkata, malah dahulu penyokong parti berkenaan pernah memijak gambar Najib namun hari ini anehnya sokongan 'tidak berbelah bahagi' diberikan kepada bekas Presiden UMNO itu.


''Kita faham ada satu parti ini dia pandai.. memang 'game plan' dia bagus, hebat..


''Satu masa dulu, pemimpin mereka memijak gambar Najib.. kami ada bukti.. tapi tiba-tiba hari ini nak menyatakan solidariti terhadap Najib.


''Katanya bukan nak kerjasama dengan UMNO.. tapi bersolidariti.. tapi kami ada terhidu bau yang agak busuk sebenarnya.


''Ada pihak yang nak memperalatkan perhimpunan tersebut dan 'menunggang' perhimpunan berkenaan untuk mencetuskan satu gelombang.. dari segi politik, ianya mudah dibaca.


''Akhirnya apa yang berlaku adalah 'game plan' yang mereka lakarkan pada hari itu (6 Januari) tidak menjadi,'' dedah beliau dalam Podcast yang disiarkan dalam Facebook Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, malam tadi.


Podcast selama satu jam itu diberi tajuk 'Adendum: Menunggang atau Membela?' yang menyaksikan Timbalan Presiden AMANAH itu sendiri bertanyakan soalan kepada Dr Azizan.


Mengulas lanjut, Dr Azizan menyifatkan nilai-nilai yang sangat dijunjung oleh UMNO pada hari ini adalah berlandaskan kedamaian dan kestabilan politik.


Katanya, jika UMNO mementingkan diri sendiri, UMNO sebenarnya boleh memberi isyarat kepada Kerajaan Perpaduan bahawa mereka yang juga sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, turut mendapat sokongan Pas.


''Tetapi sejarah membuktikan itu bukanlah satu keputusan yang tepat. Kami sudah ditunggang begitu lama dalam Muafakat Nasional (MN).


''Hanya kerana kesilapan yang sikit atau perkara yang tidak menyenangkan berlaku, mereka (Pas) boleh membatalkan mesyuarat sesuka hati,'' ujarnya lagi.


Dalam pada itu, beliau turut mengimbas kembali berhubung solidariti UMNO dan Pas dalam menyertai himpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 2018.


''Kita tengok apa yang jadi pada penggal yang lalu, apabila UMNO dan ahlinya bergabung dengan ahli dan kepimpinan Pas dalam isu ICERD, gerakan seperti itu terbukti mampu menjatuhkan kerajaan tanpa pilihanraya, hanya menaikkan sentimen, kemarahan dan kebencian.


''Tetapi sebagai sebuah parti yang mengasas negara bangsa sejak 1946 sehingga sekarang.. antara kepentingan politik dan kepentingan negara, UMNO yang paling diuji dengan teruk sekali.


''Kepimpinan parti terpaksa membuat satu keputusan yang sangat sukar kerana reaksi balas daripada ahli-ahli (parti) maha dahsyat termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada presiden parti.


''Yang paling penting dalam hal ini adalah kesepakatan dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua-ketua Bahagian dan juga Perhubungan Negeri,'' katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page