top of page

Sokong Projek WtE: Pas Selangor Dialukan Jadi Pembangkang Berkesan



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Kenyataan sokongan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih YB Nushi Mahfodz terhadap usaha membangunkan inisiatif Waste-to-Energy (WtE) oleh kerajaan Negeri Selangor disambut baik.


Kenyataan tersebut dilakukan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan ABAS Bil 10/2024, yang mana pendirian ADN Semenyih tersebut mewakili pembangkang di Selangor, menyaksikan setiap pihak boleh memainkan peranan masing-masing secara berkesan demi membangun negeri tercinta ini.


Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat itu juga berjanji akan terus memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan kebolehlaksanaan teknologi WtE di Selangor. Semestinya sikap matang sebagai pembangkang yang berkesan sebegini perlu disambut baik kerana ia akan memaksa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor memastikan hasil yang terbaik dapat dicapai melalui inisiatif WtE.


Sasaran sifar karbon


WtE adalah sebuah inisiatif pengubah permainan (game changer) yang pertama seumpamanya dilaksanakan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri di Malaysia, tiada Kerajaan Negeri lain yang telah meneroka kaedah ini di mana ia telah dibagunkan melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi memenuhi sasaran sifar karbon seawal tahun 2050.


Inisiatif WtE boleh difahami sebagai teknologi yang mengubah bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula kepada tenaga seperti haba, elektrik atau bahan bakar. Teknologi ini terbukti selamat kepada manusia dan alam sekitar berdasarkan kajian kes di China yang mempunyai 700 loji WtE dan Singapura yang mempunyai lima loji WtE.


Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada Selangor kerana ia mampu membakar 2,400 tan sampah sehari dan menjana 130.5 megawatt tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan itu bukan sahaja dapat disubsidikan kepada penduduk Selangor yang layak malah ia juga boleh diperdagangkan bagi menambah hasil pendapatan negeri.


Malah pebelanjaan Kerajaan Negeri Selangor dapat dikurangkan melalui pengurangan upah pelupusan sampah. Selangor menyaksikan jumlah sampah domestik meningkat setiap tahun di mana pada tahun 2018 rekod menunjukkan 2.7 ribu tan sampah domestik dihasilkan setahun, meningkat kepada 5.5 ribu tan pada 2023. Jika pola ini berterusan Selangor akan kehilangan banyak kawasan berpotensi tinggi yang terpaksa dikorbankan menjadi kawasan pelupusan sampah.


Tutup tempat perlupusan sampah


Pelan pembangunan inisiatif WtE telah melalui proses perbincangan hampir 15 tahun sebelum ia dilaksanakan di Selangor. Usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan inisiatif WtE disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming mengumumkan sebanyak 175 buah tempat pelupusan sampah telah ditutup dalam usaha meningkatkan inisiatif WtE.


Kerajaan Negeri Selangor di bawah pelan RS-1 sedang membangunkan dua lagi inisiatif pengubah permainan iaitu fasiliti pemulihan bahan (MRF) dan pusat pengurusan sisa pepejal bersepadu (ISWMC). Kesemua perancangan yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri ini adalah cara baharu yang lebih mampan dalam membangunkan pentadbiran kerajaan di samping menambah pendapatan dan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.


Sememangnya usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah teraju Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ini perlu didokong oleh semua pihak. Usaha tersebut selaras dengan saranan PMX di dalam bukunya iaitu SCRIPT yang menyatakan bahawa bagi memastikan kerajaan berjaya melalui zaman pascapandemik, pentadbiran semasa tidak boleh mengamalkan dasar business as usual.


Pendekatan baharu yang lebih mampan seperti WtE mampu mengubah struktur pentadbiran semasa di peringkat negeri Selangor. Pembangkang dalam situasi ini perlu memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan tiada ketirisan perbelanjaan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Selagi perlaksanaan inisiatif WtE mengikut tatakelola yang baik maka seharusnya sokongan padu diberikan, perbuatan membangkang semua usaha kerajaan termasuk inisiatif yang bermanfaat bukanlah amalan pembangkang yang berkesan dalam sistem demokrasi. Sebaliknya sifat pembangkang yang mempersoalkan semua perkara termasuk inisiatif yang bermanfaat adalah tidak lebih dari usaha untuk mengagalkan pembangunan negeri.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page