top of page

Sokong kewujudan NADI, Selangor bakal tubuh pusat AI



Kerajaan Selangor bakal menubuhkan beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) di negeri itu bagi menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penubuhan pusat AI yang dirancang tahun depan itu selari usaha Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri pintar sekaligus melengkapi kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang diwujudkan kerajaan Persekutuan.


"Selain menyediakan akses Internet dan ketersambungan, pusat NADI juga menawarkan program-program sokongan seperti keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri dan kesedaran kesihatan.


"Hal ini membuktikan bahawa ia bukan sahaja tempat untuk mengakses digital, tetapi juga sebagai pusat yang memperkasakan masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan," katanya dipetik di Majlis Perasmian Pusat NADI Sungai Tua di Selayang Baru pada Sabtu.


Pusat NADI di Sungai Tua itu ialah yang ke-76 di seluruh Selangor dan menjelang akhir Mac ini, dijangkakan lapan lagi pusat serupa dijangka siap, menjadikan 84 pusat seumpama ini akan beroperasi di negeri berkenaan.

Menurut Amirudin, setakat akhir Januari lepas sebanyak 107,194 pengguna juga telah memanfaatkan pusat-pusat seumpama itu di seluruh Selangor.


"Saya nampak NADI mempunyai peranan yang sangat besar yang boleh berfungsi dengan agresif untuk membantu rakyat berkomunikasi dalam mendapatkan maklumat berkenaan dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.


"Jadi saya akan memanfaatkan keseluruhan pusat-pusat ini sebagai sebahagian daripada titik komunikasi kepada rakyat pada masa depan selepas saya melakukan beberapa perbincangan dengan pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) ataupun dengan pihak kerajaan pusat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page