top of page

Sokong kerajaan wujudkan lesen kawal selia platform internet - AMK Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan wajar mengenakan kawal selia terhadap platform yang mengoperasikan media sosial di internet bagi menangani jenayah siber yang kian membarah.


Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq, sudah sampai masanya kerajaan mengawal penyedia platform seperti Telegram, Meta, TikTok dan sebagainya.


Hal itu, kata beliau, bagi membendung kes seperti jenayah seksual terhadap kanak-kanak (pedofilia), penipuan atas talian (scammer), buli siber dan lain lain yang dilihat semakin tidak terkawal.

Muhammad Iman Haziq

"Saya sendiri pernah menerima online scam melalui tawaran pelaburan dan ‘pakej bantuan kerajaan’ salah satu syarikat media sosial yang kononnya cuba membantu tetapi sebenarnya hanya mahu mengambil maklumat peribadi untuk tujuan penipuan.


"Ini tak termasuk dengan kenyataan Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) berkenaan kes pedofilia dan buli siber semakin membarah kerana di luar bidang kuasa kerajaan.


"Oleh itu, saya percaya kaedah mengenakan lesen kepada syarikat media sosial seperti Telegram, Meta dan TikTok boleh mengawal masalah ini daripada terus berlaku," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas Iman, kaedah itu mampu mendisplinkan platform media sosial agar lebih serius mengawal sebarang aktiviti jenayah siber di platform masing-masing.


"Bagi saya, cadangan mengenakan lesen ini baik supaya syarikat media sosial lebih peka dengan undang-undang negara.


"Kita mahu media sosial tak kira mana-mana platform menjadi tempat yang selamat supaya pengguna tidak terdedah dengan ancaman sebegini," ujarnya.


Kelmarin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan kini dalam kerangka memperketat peraturan ke atas pengendali media sosial selain meminta syarikat-syarikat berkenaan mengikut kadar pematuhan (compliance rate) yang selari dengan undang-undang Malaysia.


Fahmi dalam pada itu memaklumkan, syarikat Meta adalah platform media sosial paling tinggi patuh dengan undang-undang Malaysia manakala Tiktok, Telegram dan X masih belum berada ditahap memuaskan.


Dalam perkembangan berkaitan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan statistik buli siber sejak 2022 kini mencecah 9,483 kes, selain penipuan dalam talian (online scam) 9,321 kes manakala jumlah keseluruhan kes pedofilia 143 kes.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page