top of page

Sokong kaum Penan bawa kes pembalakan haram ke SUHAKAM - KEADILAN Baram



Usaha penduduk kaum Penan di Sarawak mengadukan kes pembalakan haram yang menjejaskan kehidupan mereka kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) disokong penuh KEADILAN Cabang Baram.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Baram, Dennis Along, usaha mengadukan masalah kepada suruhanjaya itu merupakan saluran yang betul sebelum tindakan lanjut diambil.


"KEADILAN Baram menyokong tindakan wakil-wakil penduduk Penan di kawasan Ulu Sela'an, Ulu Baram, Sarawak yang memilih untuk membawa bantahan mereka terhadap aktiviti pembalakan di kawasan Ulu Sela'an.


"Ini merupakan salah satu saluran yang betul untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kegiatan pembalakan dan perlanggaran hak tanah adat mereka selain membawa kes ke mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berharap siasatan SUHAKAM selepas ini akan mendapat kerjasama baik terutama daripada jabatan jabatan kerajaan yang berkaitan.


"Semua pihak diminta untuk bekerjasama dengan pihak SUHAKAM dan jabatan Kerajaan berkenaan apabila siasatan dijalankan selepas ini.


"Kesejahteraan masyarakat Baram ialah keutamaan semua pihak dalam menyelesaikan isu yang mengesankan masyarakat orang asal Penan ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page