top of page

Skuad sepak takraw negara terima insentif khas dari MSN



Skuad sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN).


Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berkata, insentif khas itu susulan kejayaan membanggakan di kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


"(Kejayaan) Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 amat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan pemain pula bekerja keras menang emas.


"MSN telah meluluskan pemberian insentif berjumlah RM60,000 masing-masing kepada pasukan regu dan double susulan kejayaan muncul juara manakala regu berpasukan yang bergelar naib juara pula menerima RM50,000 pada saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa," katanya dipetik.


Hannah sebelumnya hadir ke majlis menyambut kepulangan skuad boling padang para dari Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan semalam.


Skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah pada 22 Mei lalu apabila berjaya menamatkan penguasaan Thailand dalam acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.

Pencapaian itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan pencapaian itu sebagai membanggakan dan luar biasa


Sementara itu menurut Hannah, MSN masih lagi berbincang mengenai kemasukan semula sepak takraw sebagai sukan teras seperti diminta Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page