top of page

Skuad Ihsan MADANI, pelbagai agensi digerakkan misi pasca banjir



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggerakkan kira-kira 10,000 pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).


Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sukarelawan itu akan menawarkan khidmat misi pasca banjir serta membaik pulih peralatan elektrik yang rosak sekaligus dapat membantu meringankan beban mangsa banjir sekali gus menjimatkan perbelanjaan.


Selain itu pelajar mempunyai kepakaran dari sudut permotoran juga digerakkan untuk memeriksa kereta atau motosikal yang terjejas.


"(Pelajar) akan melihat plug, wiring dan sebagainya supaya bila mereka (mangsa banjir) balik rumah boleh guna semula peralatan elektrik," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Ihsan MADANI: Wira KESUMA di Putrajaya pada Jumaat.


Mengenai Skuad Ihsan MADANI kementerian, Abdul Rahman berkata seramai 1,187 sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah kementerian digerakkan ke Kelantan bagi membantu misi pasca banjir di Kelantan.


Selain itu agensi di bawah KESUMA iaitu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) juga bersetuju menyumbang RM700,000 bagi membantu mangsa banjir.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyeru supaya seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri diselaras bagi menghadapi banjir.


Selain KESUMA, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menghantar misi bantuan banjir melalui Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS ke Kelantan dan Terengganu.


Manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut menyatakan komited membantu dan menyokong mangsa banjir terutama warga kerjanya yang terjejas akibat bencana itu menerusi Skuad Ihsan Madani JIM -Skuad Perkasa yang dilancarkan semalam.


Selain itu lebih 1,000 penuntut dari 12 institusi pengajian tinggi awam seluruh negara menyertai Misi Skuad Ihsan MADANI-MASKUM bagi memberi bantuan pasca banjir.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page