top of page

SKMM tidak pernah arah TikTok turunkan video MB Terengganu



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan agensi itu meminta TikTok menurunkan hampir 20 video daripada akaun milik Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Agensi itu dalam kenyataan berkata, pengguna yang terjejas boleh terus menghubungi penyedia platform media sosial itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.


"SKMM dengan tegas menyatakan bahawa ia tidak pernah mengemukakan sebarang permintaan kepada TikTok untuk mengalih keluar kandungan seperti yang didakwa.


"Pengguna yang terjejas digalakkan untuk menghubungi terus TikTok Malaysia di feedback@tiktok.com untuk sebarang penjelasan berhubung perkara ini," kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.


Kenyataan itu mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad yang mendakwa hampir 20 video di Tiktok MB Terengganu dipadam tanpa notis sedangkan ia tidak menyentuh tentang isu 3R (kaum, agama dan raja).


Antara video yang dikatakan diturunkan ialah ucapan kepada pemain bola sepak Terengganu (1.3 juta tontonan), video ‘Aunty Amy Chua’, ahli DHPP Terengganu (5.5 juta), perbahasan di Parlimen (700,000), perasmian pecah tanah hotel di Strawberry Park (900,000) dan kunjungan hormat Duta Qatar (300,000).


SKMM berkata pihaknya memandang serius "dakwaan tidak berasas" oleh ketua penerangan Pas Selangor itu kerana ia bukan sahaja mengelirukan malah merosakkan imej suruhanjaya berkenaan.


Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam jawapannya di Dewan Rakyat turut menafikan bahawa pihaknya ada mengeluarkan arahan agar isi kandungan pada TikTok membabitkan Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman diturunkan.


Pas sebelum ini menganggap Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden parti itu sebagai tokoh mereka yang popular termasuk ada yang menamakan beliau sebagai bakal Perdana Menteri.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page