top of page

Skim PERKESO Suri Rumah pastikan wanita terus dibela - Fadhlina



Oleh: Akmal Manaf


Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan antara 'produk' terbaik kerajaan yang perlu terus diberi sokongan.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, skim berkenaan dapat memastikan golongan wanita di negara ini mendapat perlindungan sepenuhnya terutamanya dalam konteks rangkaian sosial.


Selain itu ujarnya, martabat golongan wanita juga dapat diangkat menerusi polisi perlindungan yang diberikan oleh pihak kerajaan.


"Sebagai kerajaan, kita mendokong skim sedia ada dan akan terus memastikan mesej pada hari ini mesti sampai kepada wanita lain, pemimpin wanita dan barang kali kepada rakan-rakan kita iaitu ahli parlimen untuk turut sama mendokong program ini sebagai sebahagian daripada program di kawasan mereka.


"Saya juga mempunyai tanggungjawab yang besar demi memastikan skim in disokong dan memberikan manfaat untuk golongan wanita khususnya bagi melonjakkan (golongan berkenaan) dalam aspek keselamatan dan sekiranya berlaku bencana.


"Kita tahu ibu adalah tonggak dalam rumah tangga. Susah kalau ibu ini tidak ada.


"Susah kalau ibu ini sakit dan demam, dan juga sangat sukar jika (mereka) tidak mempunyai sebarang perlindungan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama program taklimat skim tersebut anjuran sayap Wanita KEADILAN yang diadakan di sebuah hotel, di Bangi semalam.


Untuk rekod, SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat.


Semua suri rumah berusia bawah 55 tahun dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, serta berkahwin atau bujang, layak untuk menyertai skim itu, dengan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan, yang dibayar secara lebih awal.

0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page