top of page

Skim pembiayaan perniagaan masyarakat India, peluang tingkat taraf hidup



Kerajaan Madani menjawab kritikan pembangkang kononnya masyarakat India tidak dibela dengan mewujudkan dana khas Skim Pembiayaan Bank Rakyat India Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan semalam.


Mengulas hal itu, Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George berkata, skim pinjaman mudah BRIEF-i dengan peruntukan RM50 juta itu amat baik dan dijangka mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat India melalui bantuan perniagaan.


"Skim ini menang cukup baik seperti kata YB Ramanan, ini adalah peluang disediakan oleh Kerajaan Madani.


"Kita sebagai wakil rakyat, saya selalu menghadapi masalah di mana orang kata, tak ada program khusus untuk masyarakat India


"Sekali lagi kita terima baik program ini, pelancaran BRIEF-i," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran semalam.

A Kumaresan

Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan pula, buat pertama kali skim bantuan kepada masyarakat India melibatkan Bank Rakyat dan ianya diharap dapat menaikkan perniagaan kaum itu yang ketinggalan terutama di luar bandar.


"Ini kali pertama Bank Rakyat menawarkan insitif khusus kepada kaum India intuk mereka menceburi perniagaan dan kembangkan lagi perniagaan mereka


"Saya rasa inisiatif yang baik diumumkan ini di bawah PM Anwar dan Kerajaan Madani. Masyarakat India perlu mengambil peluang ini untuk memohon segala bantuan disediakan untuk masyarakat India," katanya.

P Prabakaran

Bagi Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, skim bantuan khusus untuk masyarakat India itu telah lama dinanti natikan.


Katanya, sebelum ini bantuan perniagaan yang dipohon oleh kaum India beliau salurkan kepada Tekun dan sebagainya, tetapi kali ini telah ada skim khas yang lebih sesuai.


"Satu inisiatif amat baik. Ini satu cara peniaga peniaga untuk dapatkan bantuan kewangan. Dapatkan pinjaman untuk naikkan perniagaan mereka. Gunakan peluang dengan baik untuk habiskan peruntukan itu, dan tahun depan dapat peruntukan lagi.


"Pejabat saya banyak yang minta bantuan perniagaan. Kita (sebelum ini) ada Tekun, Amanah Ikhtiar dan sebagainya. Jadi sekarang ada Bank Rakyat dan kita akan salurkan ke agensi ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page