top of page

SKDS diperluas, 14 jenis kenderaan barang layak mohon subsidi diesel



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas lagi projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua.


Menterinya Armizan Mohd Ali berkata, mulai hari ini sebanyak 14 kenderaan barangan lagi dikategorikan sebagai layak mendapatkan diesel bersubsidi


Kenderaan barangan yang layak menerima diesel bersubsidi itu termasuk lori rigid (curtain sider), lori katering makanan; lori rigid (hasil pertanian); lori tangki rigid (minuman); lori rigid (kandang haiwan); semi (panel van); serta lori rigid (kombinasi).


Selain itu, bas perkhidmatan bergerak, lori rigid (open platform); van perkhidmatan bergerak, bas katering makanan; lori rigid (perkhidmatan bergerak); van katering makanan; dan lori rigid (sampah) turut layak.


"Kesemua kenderaan barangan tersebut boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula 10 pagi esok (Isnin)," katanya dipetik selepas Perhimpunan Bulanan KPDN Zon Utara di Anak Bukit dekat Alor Setar pada Ahad.


Dengan perkembangan terbaharu ini, ia menjadikan keseluruhan kenderaan barangan yang layak mendapatkan diesel bersubsidi bawah SKDS 2.0 sebanyak 23 jenis.


Dalam Fasa Satu SKDS 2.0, sembilan jenis kenderaan terlibat, iaitu lori rigid (kargo am), penggerak utama; lori rigid (luton/kotak); lori rigid (tangki air); lori rigid (refrigerated), lori rigid (tangki tepung); ‘window van’; ‘panel van’; dan lori rigid (minuman botol).


Sementara itu Armizan menjelaskan, antara kriteria permohonan yang perlu dipenuhi bagi permohonan tersebut adalah syarikat hendaklah berdaftar perniagaan di Malaysia, kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah serta berkuat kuasa, dan kenderaan yang layak bawah sistem tersebut.


Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 6769 bermula 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page