top of page

Skandal Sabah: Kerajaan MADANI tidak akan lindungi perasuah



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sabah memandang serius isu video dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin kerajaan di negeri itu.


Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin menerusi satu kenyataan berkata kerajaan MADANI tetap tegas dalam membanteras rasuah dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat.


Namun beliau berharap kestabilan politik di negeri itu dikekalkan supaya usaha membangunkan Sabah dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.


"Seperti yang semua sedia maklum, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun memulakan siasatan dan telah memanggil beberapa pihak.


"Pihak berkuasa dan institusi mahkamah bebas melaksanakan siasatan dan pengadilan sewajarnya. Oleh itu biarlah Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa agar perancangan dan pelaksanaan projek kebajikan rakyat dapat berjalan lancar.


"KEADILAN Sabah menggesa agar semua pihak memberi kerjasama yang baik dan sekiranya ada sebarang pelanggaran undang-undang maka mereka yang bersalah mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya.


Terdahulu, seorang pemberi maklumat telah mendedahkan tujuh video yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah dalam perbincangan berkaitan rasuah sebagai pertukaran untuk menyokong permohonan lesen prospek sumber mineral oleh pemberi maklumat itu.


Pendedahan ini menyusul selepas empat video lain yang didakwa memaparkan perbincangan tersebut didedahkan bulan lalu, dengan dua daripada klip itu tidak lengkap.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada Sabtu mengulangi jaminannya untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus terhadap perkara itu.


Sementara itu, Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia menegaskan, kestabilan politik amat kritikal untuk mewujudkan ekosistem pertumbuhan ekonomi dan menarik keyakinan pelabur.


Justeru beliau yakin pengundi di Sabah bijak dan akan memilih pimpinan yang berintegriti pada pilihanraya akan datang.


"Biarlah mereka memilih secara demokrasi," tambahnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page