top of page

Skandal NAFAS: 'Kelemahan pengurusan, monopoli kartel perlu banteras'



Oleh: Akmal Manaf


Skandal Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berhubung dakwaan kartel kontrak baja masih hangat diperkatakan sehingga kini.


Terbaharu, Mantan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Mohd Hisyamuddin Ghazali mendedahkan, baja yang dibeli oleh pertubuhan itu untuk dibekalkan kepada petani tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan kerajaan, malah mempunyai kualiti yang rendah.


Katanya, ketika beliau menjadi AJP NAFAS, urusniaga baja yang tidak telus menyebabkan kerajaan rugi kerana terpaksa 'memperkayakan' baja tersebut untuk memastikan kualiti yang sepatutnya diterima petani.


''Apabila membeli baja yang tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan iaitu kualiti lebih rendah, maka kerajaan kena tambah lagi modal untuk 'enrich'.


''Dia beli dari Vietnam dan kalau kita periksa, syarikat (pembekal) yang sama berlaku (pada) kartel sekarang ini (yang sedang disisasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


''Ia berlaku pada 2017, sekarang berlaku pada 2022. Syarikat yang sama, modus operandi yang sama, manusia yang sama.


''Kalau tanya saya siapa kartel.. saya boleh sebut malam ini tapi simpan dulu sebab perkara ini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa,'' katanya.


Beliau mendedahkan hal berkenaan dalam rancangan temu bual "Berani Semuka: RM1.8 bilion pendedahan eksklusif. Siapa kartel? Kenapa NAFAS rugi?" bersama aktivis media, Iswardy Morni.


Dalam rancangan itu, Mohd Hisyamuddin turut mendedahkan tentang pembelian bangunan kilang di Muar, Johor sebagai kilang untuk membuat dedak ayam.


Beliau mendakwa pembelian bangunan itu sepatutnya pada paras harga yang rendah, namun harganya menjadi tinggi hingga mencapai berbelas juta ringgit.


''Saya boleh cakap sebab kita buat audit forensik.. bila buat audit forensik, semua resit kita ada.. kita boleh kesan.


''Sepatutnya harga rendah sahaja.. tak sampai RM10 juta.. dia naikkan harga jadi belas-belas juta,'' dedah beliau lagi.


Selain itu, Syam Ghaz turut menyentuh berkaitan isu penyewaan Wisma Peladang di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


''Dia bagi sewa selama 20 tahun kepada satu satu syarikat dengan sewa yang rendah.. kawasan paling premium di Malaysia tapi sewa rendah.


''Kenapa dia boleh dapat harga rendah? Siapa yang ambil untung di sebalik tadbir? Semua itu kita temui dalam audit forensik,'' ujarnya.


Dalam pada itu, kata Syam, beliau tidak terkejut apabila SPRM menyiasat kes berkenaan (kartel NAFAS) kerana apabila audit penuh NAFAS dibuat pasti terdapat banyak penyelewengan berlaku.


Menurutnya, ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini, beliau yang turut dilantik sebagai penasihat sektor pertanian negara telah cuba 'membaiki' penyelewengan yang terjadi.


''Masa kita jadi kerajaan, kita dah usaha sebaik mungkin untuk baiki NAFAS. Sebelum saya masuk, NAFAS rugi RM20 juta lebih..


"Februari kami keluar dan kami cek akaun (laporan kewangan tahunan). Kita berjaya capai tunai dalam tangan RM800 juta lebih (dalam tempoh setahun) dan masa itu arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


''(Bagaimanapun) sebelum Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri, NAFAS mempunyai negatif RM400 juta lebih dalam akaun tunai disebabkan kelewatan pembayaran daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan pengurusan di peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page