top of page

Siti Norhaliza pun terkena, orang ramai waspada imej palsu guna AI - Fahmi



Orang ramai digesa agar berhati-hati dengan taktik penipuan menggunakan rakaman video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, beliau berkata penggunaan AI memang membantu pembangunan negara namun ada pihak yang menyalahgunakan teknologi tersebut.


"Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam posting di Instagram beberapa hari lepas terima panggilan dan tunjukkan (satu) panggilan WhatsApp video seolah-olah dia yang bercakap, rupa-rupanya ‘deepfake’ yang dibuat secara live.


"AI boleh diguna untuk kebaikan dan kejahatan. Kita perlu waspada maklumat diterima dan pastikan sebarang video diterima adalah benar (tulen) atau dihasilkan melalui aplikasi AI," katanya dipetik.


Sehubungan itu beliau meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menguar-uarkan mengenai bahaya taktik penipuan menggunakan deepfake AI ketika ini.


Semalam penyanyi nombor satu negara itu dilaporkan mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.


Dalam pada itu, Fahmi memberitahu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengendali media sosial di Singapura pada bulan ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai bahaya AI di platform mereka.


"Saya harap (deepfake AI) dapat ditangani oleh pihak Meta kerana WhatsApp adalah di bawah tanggungjawab Meta," katanya.


Beliau juga mahu semua kementerian memanfaatkan penggunaan AI dalam tugasan dan meminta Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menyelaras kursus teknologi berkenaan.


"AI mampu bantu bukan hanya untuk hasilkan content malah beberapa aspek lain seperti tugasan dalam aspek coding, programming, teliti data dan ada beberapa perkara lain boleh dimanfaatkan AI," katanya.


Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menghantar komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp.


Beliau menyatakan terdapat penyebaran kenyataan tidak bermoral dan bersifat jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap kepimpinan tertinggi negara.


"...di Amerika Syarikat ada percubaan pembunuhan terhadap bekas presiden Donald Trump… saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah


"Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan 'ancaman keganasan'. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan," katanya.


Sementara itu Fahmi berkata beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page