top of page

Sita motosikal: Utamakan undang undang, pembangkang jangan kelirukan rakyat


Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang PN mempertikaikan tugas pihak berkuasa dalam melakukan sekatan jalan raya atau menyita motorsikal yang melakukan kesalahan lalu lintas kebelakangan ini amat tidak wajar.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, pemimpin PN tidak wajar mengelirukan orang ramai terhadap tindakan pihak berkuasa atau menganggapnya sesuatu yang 'zalim'.


Katanya, agensi dan badan penguatkuasa hanya menjalankan tugas berdasarkan lunas undang-undang dan pematuhan undang undang pula adalah untuk kebaikan semua pengguna jalan raya.


"Kita melihat kuasa politik hari ini semakin terpesong dan terkeluar dari nilai peradaban yang kita junjung bersama, rakyat didakyahkan seolah-olah mereka dizalimi.


"Sebaliknya, rakyat harus bersikap adil kepada unit beruniform yang menjalankan tanggungjawab mereka sesuai dengan peraturan dan perkara yang dalam bidang tugas mereka," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu 126 buah motosikal yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan modifikasi berkait dengan Himpunan RX-Z Member 5.0 di Terengganu pada 10 September lalu.


Operasi Motosikal (OKM) antara lain dibuat susulan aduan orang awam terhadap penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya.


Susulan itu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan tindakan badan pihak berkuasa itu sebagai ‘ekstrim’ walaupun jelas terdapat peserta acara berkenaan yang menyalahi undang-undang.


Mengulas lanjut Aishah berkata, program yang mendorong kepada generasi muda berunsur aktif dan baik harus diberikan galakan oleh semua pihak.


Namun, katanya undang-undang yang sedia ada mestilah dipatuhi oleh semua pihak sama ada penganjur mahu pun peserta acara.


"Bagaimana kita mahu mendidik generasi masa hadapan jika semua perkara yang melibatkan pelanggaran undang-undang dikatakan kezaliman sedangkan segala punca kepada tindakan itu dibuat datangnya dari kesilapan kita sendiri," ujarnya.

Aksi pemandu merempuh sekatan polis

Sementara itu, mantan Penyelidik Malaysia Institusi Pengangkutan UITM, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar menyuarakan kebimbangan berkenaan sikap rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai ‘sakit’.


Ikhmal berkata demikian dalam mengulas video yang dikongsinya memaparkan sebuah kereta Wira bertindak secara melulu melanggar sekatan jalan raya sehingga membahayakan anggota keselamatan. Lebih malang warga net mempersoalkan pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya.


“Sama ada tak paham undang-undang atau buat-buat tak paham, tindakan penguatkuasaan oleh Pegawai JPJ dipersoal oleh netizen walaupun hakikatnya Pegawai JPJ ini menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan yang sudah digubal sejak 1987 lagi,” kata Ikhmal menerusi satu hantaran di media sosial.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page