top of page

Siswazah Singapura ajar bahasa Inggeris sukarela, bukan dilantik - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pengambilan guru bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di Malaysia adalah dalam bentuk program sukarelawa melibatkan kerjasama kedua-dua negara itu.


Perdana Menteri (PM) berkata, perbincangannya dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong sebelum ini adalah kemungkinan diwujudkan program melibatkan skim bantuan atau sukarelawan untuk mengajar bahasa Inggeris.


"Apa yang salah? Salahnya ialah kononnya kita sekarang akan melantik guru-guru bahasa Inggeris dari Singapura - itu salah.


"Yang saya bicarakan dengan PM Singapura ialah mengadakan skim bantuan atau melantik seorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan terutama miskin bandar, desa dan pendalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris," katanya ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Putrajaya semalam.


Terdahulu tersebar dalam media sosial mengkritik cadangan membawa masuk guru bahasa Inggeris daripada Singapura sekali gus meningkatkan perbelanjaan kerajaan, sebaliknya mempersoalkan mengapa tidak mengambil pesara guru bahasa Inggeris tempatan untuk kembali mengajar.


Rabu lalu laporan media menyebut Anwar berkata Malaysia telah berbincang dengan Singapura mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat dalam negara.


Beliau berkata, perkara itu disentuh beliau dalam pertemuan empat mata dengan Lawrence Wong di Seri Perdana, Putrajaya sempena kunjungan PM Singapura itu ke Malaysia buat kali pertama.


"Kami memang ada berbincang mengenai kemungkinan Singapura menimbangkan permintaan saya agar menghantar guru-guru bagi mengajar bahasa Inggeris atau mata pelajaran lain ke beberapa kawasan di negara ini.


"Biarlah siswazah muda membuat pilihan sendiri (mata pelajaran mana yang hendak diajar) jika boleh," katanya pada sidang media bersama dengan Lawrence.


Anwar berkata, beliau gembira apabila PM Singapura itu menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaannya bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di negara ini.


"Perkara ini bukan sesuatu yang kami rangka terlebih dahulu menerusi pegawai-pegawai terlibat. Cuma, kita cuba buktikan bahawa adakalanya perdana menteri boleh buat keputusan tertentu sebelum memaklumkan kepada menteri berkaitan," katanya dipetik.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page