top of page

Sistem QR mempermudah urusan imigresen di CIQ Bangunan Sultan Iskandar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 14, 2024
  • 1 min read


Penggunaan sistem QR di Jabatan Imigresen, CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor sejak Jun lalu telah memudahkan proses kemasukan rakyat Malaysia dan Singapura.


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penggunaan sistem QR itu yang telah dijalankan pengujiannya secara “Proof of Concept” merupakan inisiatif terbaharu Kerajaan Madani dalam melicinkan proses imigresen di pintu masuk negara.


"Ini adalah merupakan antara inisiatif terbaharu Kerajaan Madani bagi mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen dan mengurangkan tempoh menunggu di pintu-pintu masuk negara.


"Namun begitu, pasport yang masih sahlaku tetap wajib dibawa bersama sebagai dokumen perjalanan setiap kali melalui pintu masuk di dalam dan luar negara. Buku merah jangan lupa," katanya dalam catatan di Facebook.


Penggunaan sistem QR "MyRentas" dijalankan sejak 1 Jun 2024 lalu dan didapati penggunaannya dapat mempercepatkan kerja kerja imigresen tanpa meninggalkan prosedur kemasukan biasa secara pengecaman wajah di autogate atau pengesahan pasport secara manual di kaunter.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page