top of page

Sistem persekolahan satu sesi bakal selesai masalah dihadapi guru



Bebanan tugas serta masalah kekurangan guru bakal diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksana semula sepenuhnya.


Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, kementerian itu komited memastikan sistem itu dapat dilaksanakan.

"Sememangnya hala tuju KPM ialah untuk melaksanakan sekolah satu sesi.


"Sekiranya sekolah terbabit cukup syarat yang mengizinkan sekolah satu sesi akan dilaksanakan tetapi sekiranya keadaan sekolah terlalu padat maka dua sesi akan diteruskan," kata Ahli Parlimen Taiping itu dipetik.


Wong ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuh Hua di Ipoh pada Ahad.


Sebelum ini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya memberi tumpuan untuk memastikan semua sekolah yang ketika ini mempunyai dua sesi menjadi satu sesi (pada masa akan datang).


Bagaimanapun jelasnya, usaha itu memerlukan banyak perancangan dan penglibatan daripada pihak bagi memastikan isu-isu berbangkit ketika ini dapat diselesaikan dengan baik.


Antara perkara yang perlu ditangani terlebih dahulu antaranya berkaitan masalah sekolah padat.


Sementara itu, menurut Wong antara usaha jangka panjang untuk menyelesaikan isu sekolah padat khususnya di kawasan bandar adalah dengan pembinaan sekolah baharu dan tahun ini 26 sekolah rendah serta menengah yang baharu akan dibina.


"Setiap kawasan yang memerlukan sekolah kita akan cuba membina sekolah di kawasan itu, pada masa sama mengambil masa dalam pelaksanaan sekolah satu sesi itu," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page