top of page

Sistem lapangan terbang digodam, kerajaan tidak tunduk ugutan - PM



Sistem pengkomputeran syarikat operator lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diserang penggodam yang membuat tuntutan agar kerajaan membayar AS$10 juta kepada mereka, demikian dedah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan tidak tunduk kepada ugutan penyangak siber itu.


"Semalam kita bicara tentang serangan siber dan hacking (godam) dan agak berat terhadap MAHB. Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan, termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperolehi dana AS$10 juta atau sebagainya, saya dimaklumkan.


"Saya tak tunggu lima saat. Saya terus jawab "No". Tidak mungkin negara ini akan selamat kalau pimpinan dan sistemnya mengizinkan kita tunduk kepada ultimatum penjenayah dan perkhianatan," kata beliau ketika berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis, di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.


Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata insiden serangan penggodam itu menunjukkan tentang keperluan untuk menyuntik dana tambahan bagi melengkapkan MAHB dan agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia dengan teknologi keselamatan yang canggih.


Terdahulu beliau mahu PDRM meningkatkan kekuatan pasukan termasuk bersikap lebih tegas terhadap isu rasuah, tatakelola dan tidak menyerah kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan.


"Sekiranya agensi penguat kuasa seperti PDRM dan lain-lain secara tegas, tidak tolak ansur sama sekali, tidak peduli pangkat dan pengaruh mereka, ambil tindakan sekeras-kerasnya… saya yakin suasana politik dan iklim negara ini akan jauh lebih baik," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page