top of page

Sistem aduan baharu SPEACS ganti sistem aduan konvensional



Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) akan dilaksanakan secara menyeluruh bagi menggantikan kaedah sedia ada yang bersifat lebih konvensional.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin berkata di Dewan Rakyat, SPEACS yang dibangunkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) itu dijangka dilancarkan pada bulan depan.


Sistem baharu itu katanya, bakal memudahkan orang awam untuk mengemukakan aduan termasuk memaparkan status terkini tepat masa aduan tersebut berbanding cara email, hadir secara fizikal dan menghantar surat sebelum ini.


"Apabila sistem ini sudah mula beroperasi, kita akan dapat susuli, misalnya kita nak hasilkan laporan tahunan dengan terperinci, perincian statistik aduan yang diterima, diselesaikan dan yang masih lagi tertangguh, kita boleh buat.


"Kita juga boleh beri kemas kini tepat masa, maknanya apabila sistem ini dibangunkan nanti, dengan sendirinya akan ada dashboard untuk buat pengesanan terhadap status aduan. Kita juga akan menggunakan ini untuk melakukan media engagement dengan lebih kerap.


"Dengan cara ini sahajalah kita dapat meningkatkan kepercayaan awam terhadap suruhanjaya ini seawal ia beroperasi," katanya pada sesi Soal Jawab Lisan.


Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir tahun 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborator (IPFC).

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, sejak 1 Julai 2023 hingga kini IPCC telah membuka lapan kertas siasatan dengan empat daripadanya telah berjaya diselesaikan.

Sementara itu menjawab soalan tambahan berhubung kelompongan pengurusan salah laku anggota polis termasuk mengkaji semula perlaksanaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) terhadap aduan salah laku, Saifuddin berkata, proses siasatan dan keputusan kes sedia ada sudah memadai.


"Sejak saya masuk di sini (menjadi Menteri Dalam Negeri) mewarisi timbunan kes-kes tatatertib tak selesai...sejak saya masuk sampai sekarang tak ada lagi kes tatatertib yang kita tak selesaikan... kita menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk selesaikan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page