top of page

Siri lawatan rasmi serlahkan gemerlapan 'sinaran' Malaysia - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi ke beberapa negara termasuk menghadiri persidangan antarabangsa sepanjang 11 hari lalu sebagai berjaya menyerlahkan kembali gemerlap 'sinaran' Malaysia di persada dunia.


Beliau berkata, memenuhi undangan lawatan rasmi dan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatan dari 19 negara telah mengeratkan hubungan antarabangsa dan membuka jalan kepada peluang baharu untuk kemakmuran rakyat dan negara ketika landskap geopolitik dunia sarat dengan ketidaktentuan.


"Alhamdulillah, sepanjang 11 hari yang penuh bermakna ini, kita terus melangkah dengan keyakinan dan penuh tawaduk menyerlahkan semula ‘sinaran’ Malaysia di persada dunia," katanya dalam hantaran di Facebook.


Anwar bersama delegasinya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 semalam dengan disambut ribuan penyokong dan rakyat jelata.


Seminggu lalu selepas pulang daripada melakukan lawatan ke China, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Republik Arab Mesir dari 9 November atas jemputan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi. Namun di selang lawatan itu, Anwar terbang ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November 2024 di Riyadh.


Beliau kemudian berpatah balik ke Mesir bagi menyelesaikan tugasan dengan merasmikan kilang CKD Proton yang menjadi hab pemasaran produk syarikat automotif negara ke Afrika.


Awnar kemudian meneruskan perjalanan bagi mengadakan lawatan rasmi ke Lima, Peru pada 13 November dan menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) yang ke-31 selain menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 November.


Perdana Menteri kemudian mengadakan lawatan kerja ke Rio de Janeiro, Brazil dari 16 hingga 19 November 2024 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di atas jemputan Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Republik Persekutuan Brazil.

"Apa yang paling berharga bukanlah semata-mata pencapaian atau perjanjian yang termeterai, tetapi semangat kebersamaan dan sikap masyarakat antarabangsa yang mengambil serius pandangan Malaysia—sebuah negara yang sentiasa tegas mendukung nilai keinsanan, keadilan, menjulang kecemerlangan serta inklusif. Namun, perjalanan kita masih jauh," katanya.


Hari ini, Anwar akan menerima kunjungan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam di Putrajaya dan pada Ahad, beliau akan berangkat ke Korea Selatan untuk terus meneroka peluang ekonomi yang baharu dan mengukuhkan kerjasama yang sedia erat antara kedua-dua negara.


"Saya dan pasukan juga sedang merangka persiapan menerima kunjungan rasmi barisan pemimpin utama dari pelbagai negara pada Disember nanti, Insya-Allah.


"Doakan agar setiap usaha ini terus diberkati dan menjadi asas trajektori baharu masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. Saya dan pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar, berkhidmat, dan mengangkat darjat serta martabat rakyat serta negara di persada dunia," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page