top of page

Singkir Israel dari PBB: Bukti Malaysia Madani utamakan kemanusiaan



Oleh: Akmal Manaf


Gesaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina persetujuan bersama di peringkat antarabangsa bagi menyingkir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuktikan gagasan Malaysia MADANI mempromosikan nilai kemanusiaan dan keharmonian sehingga ke pentas antarabangsa.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, usul yang dibawa Anwar itu diterima dalam resolusi menerusi Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November 2024 lalu.


Beliau berkata, ia merupakan manifestasi komitmen dan ketegasan Anwar dalam memperjuangkan nasib umat Palestin yang dizalimi sejak zaman belia beliau sehingga ke hari ini.


"Gesaan demi rakyat Palestin dan kemanusiaan sejagat itu membuktikan gagasan Malaysia MADANI bukan hanya mempromosikan kemanusiaan dan keharmonian pada peringkat nasional, malah secara global," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Sesi Syarahan Ilmiah dan Sesi Penyampaian Replika Cek Bantuan Zakat Tabung Haji di Dewan Pendekar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hari ini.


Program tersebut turut menyaksikan UPNM menerima bantuan Program Iqra' daripada pihak Tabung Haji (TH) sebanyak RM350,000.


Bantuan itu antara lain bagi membantu pelajar asnaf dan B40 dalam bentuk yuran pengajian serta program yang bermanfaat.


Sementara itu, Dr Zulkifli memaklumkan kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan pada masa sama, beberapa program sedang digerakkan bagi mengimarah, menghidupkan syiar Islam dan membentuk umat Islam di negara ini.


Justeru katanya, dakwaan Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia.


Beliau menegaskan, Islam tidak terancam dan tidak tergugat malah terus subur, mekar dan terjamin di negara ini.

0 comments

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page